Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Monday, 5 December 2011

Adik Apex Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Jenazah Mohd Amirul Izzat diusung ke tanah perkuburan oleh abangnya sendiri khairul fahmi (apex) dibantu oleh orang-orang kampung. Gambar dari kelate.net
Adik lelaki Khairul Fahmi Che Mat aka Apex telah pulang ke rahmatullah pada hari ini. Berita kematian yang mengejutkan seluruh negara terutamanya peminat sukan bola sepak tanah air.

Takziah kepada Khairul Fahmi dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Setelah menghadapi kontroversi yang bercelaru sehingga putus tunang dan sehingga hampir memutuskan untuk bersara lantaran kecelaruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.
Mohd Amirul Izzat Che Mat, 17 tahun, adik lelaki kesayangan Khairul Fahmi Che Mat telah menghembuskan nafas terakhir di hospital pada kira-kira pukul 11.30 pagi kerana menghadapi masalah jangkitan kuman di paru-parunya akibat demam denggi.


Mohd Amirul tidak sempat menduduki peperiksaan SPM kerana berada dalam keadaan koma dan telah ditahan di wad hospital selama 3 minggu untuk menerima rawatan bagi penyakit yang dialaminya.


Beliau telah selamat dikebumikan petang tadi dengan Khairul Fahmi sendiri yang baru tiba dari Kuala Lumpur mengusung jenazah adiknya ke tanah perkuburan dengan dibantu oleh orang-orang kampung yang ada.


Khairul Fahmi Che Mat yang baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara terus bergegas pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan setelah menerima berita yang mengejutkan ini.
Semalam Khairul Fahmi Che Mat berada di Pulau Pinang kerana menghadhiri sebelum tiba di Majlis sukan Negara, Bukit Jalil pagi tadi. Sebagai anak keempat dari lima orang adik-beradik ini seharusnya menghabiskan cuti 5 hari yang diberikan bersama keluarganya, sekaligus menziarahi adiknya yang sedang tenat di hospital.


Khairul Fahmi Che Mat mungkin akan mengambil cuti kecemasan dari latihan bersama skuad Olimpik di Bukit Jalil selama beberapa hari kerana kematian adiknya.
Khairul Fahmi Che Mat sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah adiknya. Gambar dari  kelate.net
Namun begitu penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 ini perlu bersama dengan skuad Olimpik negara untuk ke Sydney, Australia selama 2 minggu untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dengan kelab bolasepak di Australia yang telah diaturkan bagi menyiapkan diri untuk menghadapi 3 lagi perlawanan terdekat untuk ke Olimpik 2012.

Thursday, 1 December 2011

Kampung dan Sekolah

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) di Stadium Bukit Jalil selepas perlawanan Malaysia - Bahrain 27 Nov 11. (Gambar dari http://www.nst.com.my/sports/soccer/reason-to-rejoice-1.12241) 

Khairul Fahmi Che Mat telah dilahirkan pada 7 Januari 1989 sebagai anak ke 4 dari 5 orang adik-beradik.di Kampung Dusun Raja, Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Di kalangan keluarga dia lebih mesra di panggil Pak Su.

Ibunya Bidah Ibrahim, 52 dan bapanya Che Mat Hussain, 59. Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek mula bermain bola sepak sejak berumur 8 tahun lagi. Tapi yang menariknya dia hanya minat bermain sebagai penjaga gol sahaja.

Khairul Fahmi Che Mat bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, Kota Bharu dan mula mewakili sekolahnya pada usia 12 tahun. Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Johor Bharu.

Lepas tu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur dan menduduki peperiksaan SPM di sini.

Kini dalam usia 22 tahun, tinggi 1.70 m (5 kaki 7 in), Khairul Fahmi Che Mat adalah seorang penjaga gol dan ketua pasukan Harimau Muda.