Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Liga Super 2012 Kelantan vs PKNS 13 Jan 2012




Perlawanan antara Kelantan vs PKNS Selangor telah berlangsung pada hari Jumaat 13 Januari 2012 pada pukul 8.40 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan disaksikan oleh kira-kira  10,000 penyokong setia Red Warrior. Siaran Langsung perlawanan telah dibawa oleh Astro Arena.

Khairul Fahmi Che Mat tidak diturunkan bersama kesebelasan pemain Red Warrior pada kali ini.
Pada minit ke-71, kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radhzi telah berjaya merembat kencang untuk gol pertama Kelantan selepas berlaku situasi kelam kabut di depan pintu gol PKNS.

Lapan minit kemudian, PKNS telah berjaya menyamakan gol melalui sepakan penalti yang dilakukan olelh Mohd Fauzan Dzulkifli selepas Rudie Ramli dijatuhkan penjaga gol Kelantan yang menggantikan tempat Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Syazwan Yusoff dalam kotak penalti.

Keputusan perlawanan seri 1-1.

Thursday, 12 January 2012

Kelantan Atasi Singapura Lions XII 2-1 pada 10 Januari 2012

Khairul Fahmi ketika menentang Singapura Lions XII bersama rakan sepasukan.
Gambar dari: Kelate.net
Ketika TV1 menayangkan siaran langsung Terengganu melawan Perlis, pada masa yang sama Kelantan berdepan dengan Lions XII di Singapura dan tidak mendapat liputan secara langsung. Hanya keputusannya dapat diketahui melalui media pada keesokan harinya.

Kelantan berjaya mengatasi Singapura Lions XII dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada malam 10 Januari 2012.

Peter Butler, jurulatih Kelantan telah melakukan rombakan pada perlawanan tersebut dengan tidak menyenaraikan pemain impot, Antwi Agraye dan Mohd Nor Farhan Muhamad pula dijadikan pemain simpanan.

Skuad Singapura Lions XII yang dibimbing oleh V. Sundramoorthy memulakan jaringan gol pertama pada minit ke-31, pemain pertahanan, Baihakki Khaizan menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman dengan sokongan padu lebih dari 7,000 orang penyokong yang membanjiri stadium.

Rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha hasil bola sepakan lintang Daudsu Jamaluddin telah menyamakan kedudukan ketika menghampiri penghujung  masa pertama dan jaringan penalti dari Muhammad Ghaddar pula menghasilkan gol ke-2 untuk Kelantan.


Sunday, 8 January 2012

Piala Sumbangsih 2012 Kelantan vs Negeri Sembilan di Bukit Jalil

Apek terduduk selepas ditewaskan 2-1 oleh Negeri 9.  Foto: n9.com
Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawang Kelantan dari dibolos oleh Negeri Sembilan, terutamanya pemain import barunya  Jean Emmanuel Effa Owona  yang mempunyai kelebihan dari segi saiz badan dan kekuatan fizikal.

Keputusan Piala Sumbangsih 7 Januari 2012, Kelantan vs  Negeri Sembilan  1-2 .