Sunday 5 February 2012

Tidak Mahu Ulang Kesilapan

Malaysia ketika tamat perlawanan, kalah kepada Bahrain pada pusingan pertama.
Membalas dendam akan menjadi faktor pendorong untuk skuad kebangsaan bawah-23 apabila mereka menghadapi Bahrain pada pusingan kedua Kumpulan C Asia Zon Kelayakan perlawanan Olimpik di Manama malam ini.


Coach Kim Swee menamakan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebagai kapten pasukan.

Jurulatih Ong Kim Swee berkata pasukannya lebih bersedia untuk perlawanan itu dan tidak akan mengulangi kesilapan kerugian yang menngejutkan pada bulan November lalu kepada Bahrain.

"Kami memerlukan tiga mata untuk kekal dalam perlawanan untuk luar permainan dan apa-apa yang kurang akan menjadi pengakhir bagi kami."


"Kami hanya mempunyai 20 minit untuk sesi latihan tertutup tetapi ia sudah cukup untuk menguji taktik sebab kita sudah mempunyai latihan yang cukup di Kuala Lumpur.

"Saya percaya Bahrain berwaspada terhadap kita kerana kita dapat melihat orang-ramai di stadium membuat rakaman sesi latihan kami," kata Kim Swee.


Friday 27 January 2012

Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi baru

KHAIRUL Fahmi (kiri)  ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya
bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.
MASALAH komunikasi dikaitkan sebagai punca penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat gagal hadir untuk latihan pusat hari pertama bersama skuad Harimau Muda, kelmarin.

Tanpa mahu memanjangkan isu itu, pemain berkenaan yang dikenali Apek tidak mahu memberi sebarang komen melainkan menyerahkan jalan penyelesaian kepada pihak pengurusan skuad Kelantan.

Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku. - Annuar Musa, Presiden KAFA “Memang saya tahu dan perlu lapor diri bersama skuad Olimpik tapi saya tidak mahu komen mengenai hal ini bagi mengelakkan timbul masalah baru. Saya serahkan hal ini kepada pihak pengurusan memberi penjelasan dan membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi semalam menjelaskan betapa wujud sedikit masalah komunikasi yang berlaku menyebabkan masalah ini timbul.

“Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku,” katanya.

Apek yang juga penjaga gol nombor satu Kelantan musim ini dikatakan ‘ponteng’ pada sesi latihan pertama skuad Olimpik di Wisma FAM, petang kelmarin.
Malah jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee sendiri menjelaskan dia masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Apek dan KAFA berhubung kegagalan penjaga gol itu untuk melaporkan diri pada latihan pertama skuad Olimpik.


Dipetik dari: http://www.bharian.com.my

Wednesday 25 January 2012

Hero Malaya: Khairul Fahmi Che Mat di Muka Depan Buku Prima

Khairul Fahmi menjadi cover Buku Prima keluaran 15 Feb 2012

Khairul Fahmi Che Mat layak digelar selebriti sukan yang paling panas ketika ini. Wajahnya dijadikan cover muka depan untuk majalah-majalah popular di Malayasia samada majalah hiburan, majalah fesyen dan majalah sukan.

Kisah peribadinya menjadi buruan peminat bukan saja di Malaysia bahkan sehingga ke Indonesia, Singapura dan Brunei malah mungkin lebih jauh lagi.

Terkini wajah yang menjadi minat ramai ini menghiasi Buku Prima keluaran Kumpulan Karangkraf. Buku Prima ini akan dikeluarkan pada 15 Februari 2012.

Di antara yang menarik pada keluaran Buku Prima 15 Februari 2012 ini ialah:

  • Rahsia Jersi 19
  • Siapa Dia Sebelum Popular
  • Rahsia Sotong Rebus
  • Ayah Sembahyang Hajat
  • Giant free poster

Ingin megetahui dengan lebih lanjut mengenai Hero Malaya ini? Jangan ketinggalan mendapatkan Buku Prima di kedai buku atau news stand berdekatan.
Harga senaskah RM8.90

Saturday 21 January 2012

Apek Khairul Fahmi Che Mat Ketuai Senarai Pemilihan ke Sukan Olimpik 2012

Penjaga gawang Malaysia dan Kelantan Khairul Fahni Che Mat (Apek/Apex) akan mengetuai 25 pemain ke Sukan Olimpik 2012 bagi menentang Bahrain pada 5 Feb depan.

Menurut FAM kesemua mereka akan melaporkan diri pada hari Rabu depan kepada Ketua jurulatih Ong Kim Swee di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Khairul Fahni Che Mat bersama skuad Olimpik 2012 akan menjalani latihan dari 25 hingga 28 Januari 2012 di Wisma FAM dan 29 hingga 31 Januari 2012 di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.

Sehingga kini Malaysia hanya beroleh kekalahan pada 3 perlawanan yang diadakan iaitu  2-0 kepada Jepun, Syria (2-0) dan Bahrain (2-3). Jadi kemenangan adalah amat diperlukan untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Sudah agak lama pasukan bola sepak Malaysia tidak berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik. Terkini Malaysia layak ke sukan Olimpik ialah pada Sukan Olimpik Munich 1972 dan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Senarai pemain yang terpilih:
  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), 
  2. Zubir Azmi, Muslim Ahmad (Terengganu), 
  3. K. Gurusamy (Selangor), 
  4. Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), 
  5. Gary Steven Robbat, 
  6. Mohd Affize Faisal, 
  7. Wan Zack Haikal Wan Noor, 
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin, 
  9. Nazirul Naim Che Hashim, 
  10. Mahali Jasuli, 
  11. Mohamad Amer Saidin, 
  12. Mohd Fandi Othman, 
  13. Mohd Irfan Fazail, 
  14. Mohd Izham Tarmizi, 
  15. Syahrul Azwari Ibrahim, 
  16. Mohd Shahril bin Sa'ari, 
  17. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, 
  18. Muhammad Nazmi Faiz Mansor, 
  19. Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, 
  20. Ahmad Hazwan Bakri, 
  21. Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda A), 
  22. Wan Ahmad Amirzafran Wan Madris (Harimau Muda B), 
  23. Ahmad Fakri Saarani (Felda United), 
  24. Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)


Diedit dari: http://www.sinarharian.com.my

Thursday 19 January 2012

Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shah Akan Dihantar ke Eropah

Penjaga gol nombor 1 Malaysia Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi Che Mat dan pertahanan tengah Fadhli Shah adalah 2 orang pemain skuad Sukan Sea Indonesia 2011 yang akan dihantar menjalani latihan dan ujian percubaan di Eropah oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun ini masih dalam perancangan.

Bukan sahaja di kelab Liga Kejuaraan Cardiff City tapi mereka berdua juga akan diberi dengan kelab-kelab lain di luar negara.

Sebelum ini pemain Malaysia yang pernah diberi peluang ialah penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali dan kapten, Safiq Rahim yang telah bersama Cardiff City pada tahun lalu.

Jurulatih juga akan diberi menimba pengalaman di Eropah pendedahan  yang sama untuk meningkatkan prestasi masing-masing menurut perancangan FAM mungkin dengan Manchester United..

Sumber: Harian Metro
Foto: gazzaworld

Wednesday 18 January 2012

Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi (Apek) sedang menandatangan baju seorang
peminat. 
Penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menafikan yuran keahlian Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) terlalu mahal.kerana kelab ini menyediakan 7 pakej bermula dari RM10 hingga RM250. KKFCM adalah di bawah syarikat yang baru ditubuhkan Khairul Fahmi Resources (KFR).

Setiap pakej mempunyai kelebihan dan faedah tersendiri bergantung pada jenis pakej yang disertai. Di antaranya termasuklah:

  • Perlindungan insuran sehingga RM40,000 setahun.
  • Potongan 40% untuk pakej pelancongan.
  • Diskaun untuk penginapan di Khairul Villa Inn, Kota Bharu, Kelantan.
  • Peluang mengerjakan umrah bersama Khairul Fahmi Che Mat sendiri.
  • Berpeluang melakukan kegiatan bersama Khairul Fahmi Che Mat.
  • Hadiah-hadiah menarik dari KKFCM.
Jenis pakej keahlian ialah:
  1. Pakej kad Emas RM250.00
  2. Pakej kad Platinum RM150.00
  3. Pakej kad Perak RM60.00
  4. Pakej Kombo Keluarga RM750.00
  5. Pakej Pelajar RM30.00
  6. Pakej Kanak-kanak RM20.00
  7. Pakej Rakyat RM10.00
Menarik kan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat ni?
Foto:greenboc

Monday 16 January 2012

Khairul Fahmi Che Mat Buka Perniagaan Sendiri

Khairul Fahmi semasa sidang media penubuhan Khairul Fahmi
Resources (M) Sdn Bhd. Foto: lulupages
Semalam Khairul Fahmi Che Mat telah melancarkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd. (KFR). Pada peringkat permulaan ini produk syarikatnya ialah pelancongan. KFR bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan iaitu Rakyat Travel Sdn. Bhd yang telah berpengalaman dalam bidang ini.

Idea penubuhan perniagaan ini adalah dari Khairul Fahmi Che Mat sendiri. Menurutnya ini adalah untuk masa depannya bila telah bersara dari bidang sukan bola sepak nanti.

Tahniah kepada Apek di atas penubuhan Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd. Semoga Khairul Fahmi Che Mat berjaya dalam perniagaannya.

Saturday 14 January 2012

Liga Super 2012 Kelantan vs PKNS 13 Jan 2012




Perlawanan antara Kelantan vs PKNS Selangor telah berlangsung pada hari Jumaat 13 Januari 2012 pada pukul 8.40 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan disaksikan oleh kira-kira  10,000 penyokong setia Red Warrior. Siaran Langsung perlawanan telah dibawa oleh Astro Arena.

Khairul Fahmi Che Mat tidak diturunkan bersama kesebelasan pemain Red Warrior pada kali ini.
Pada minit ke-71, kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radhzi telah berjaya merembat kencang untuk gol pertama Kelantan selepas berlaku situasi kelam kabut di depan pintu gol PKNS.

Lapan minit kemudian, PKNS telah berjaya menyamakan gol melalui sepakan penalti yang dilakukan olelh Mohd Fauzan Dzulkifli selepas Rudie Ramli dijatuhkan penjaga gol Kelantan yang menggantikan tempat Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Syazwan Yusoff dalam kotak penalti.

Keputusan perlawanan seri 1-1.

Friday 13 January 2012

Video Kejutan Sambutan Harijadi Khairul Fahmi Yang ke-23



Pada 7 Januari 2012 yang lepas genaplah umur Apek/Apex atau Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23. Selamat hari lahir semoga sejahtera di dunia dan akhirat, juga murah rezeki, panjang umur dan maju jaya dalam karier yang diceburi.

Video ni dari You Tube, looks like a surprise birthday celebrations dari Dahlia Teck.

Semoga Khairul Fahmi bahagia bersama pilihan hati dan keluarganya. Selamat Harijadi Apek!

Thursday 12 January 2012

Kelantan Atasi Singapura Lions XII 2-1 pada 10 Januari 2012

Khairul Fahmi ketika menentang Singapura Lions XII bersama rakan sepasukan.
Gambar dari: Kelate.net
Ketika TV1 menayangkan siaran langsung Terengganu melawan Perlis, pada masa yang sama Kelantan berdepan dengan Lions XII di Singapura dan tidak mendapat liputan secara langsung. Hanya keputusannya dapat diketahui melalui media pada keesokan harinya.

Kelantan berjaya mengatasi Singapura Lions XII dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada malam 10 Januari 2012.

Peter Butler, jurulatih Kelantan telah melakukan rombakan pada perlawanan tersebut dengan tidak menyenaraikan pemain impot, Antwi Agraye dan Mohd Nor Farhan Muhamad pula dijadikan pemain simpanan.

Skuad Singapura Lions XII yang dibimbing oleh V. Sundramoorthy memulakan jaringan gol pertama pada minit ke-31, pemain pertahanan, Baihakki Khaizan menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman dengan sokongan padu lebih dari 7,000 orang penyokong yang membanjiri stadium.

Rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha hasil bola sepakan lintang Daudsu Jamaluddin telah menyamakan kedudukan ketika menghampiri penghujung  masa pertama dan jaringan penalti dari Muhammad Ghaddar pula menghasilkan gol ke-2 untuk Kelantan.


Tuesday 10 January 2012

Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik Asia

Khairul Fahmi Che Mat No 1
Khairul Fahmi Che Mat hari ini telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di rantau Asia oleh laman web goal.com. Keputusan ini telah dibuat hasil dari undian orang-ramai yang bermula pada hari Selasa 3 Jan 2012 dan berakhir semalam.

Khairul Fahmi penjaga gol untuk Kelantan dan Malaysia telah berjaya mendapat undian sebanyak  54.37%, mengalahkan pencabar terdekatnya Yang Zhi penjaga gol Beijing Guoan & China yang mendapat undian sebanyak 39.91 %.


Lain-lain calon yang dipertandingkan dalam kategori yang sama ialah Ali Al Habsi (Wigan & Oman), Mark Schwarzer (Fulham & Australia) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).


Sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat juga telah mendapat undian tertinggi untuk penjaga gol terbaik Asia bawah 23 tahun.

Sunday 8 January 2012

Piala Sumbangsih 2012 Kelantan vs Negeri Sembilan di Bukit Jalil

Apek terduduk selepas ditewaskan 2-1 oleh Negeri 9.  Foto: n9.com
Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawang Kelantan dari dibolos oleh Negeri Sembilan, terutamanya pemain import barunya  Jean Emmanuel Effa Owona  yang mempunyai kelebihan dari segi saiz badan dan kekuatan fizikal.

Keputusan Piala Sumbangsih 7 Januari 2012, Kelantan vs  Negeri Sembilan  1-2 .

Thursday 5 January 2012

Apa Azam Tahun Baru 2012 Khairul Fahmi Che Mat?

Khairul Fahmi Che Mat berada dalam pesawat Air Asia dalam penerbangan pulang
ke Kuala Lumpur selepas cemerlang di Sukan SEA 2011, Jakarta. Gambar dari: The Star

Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh kontroversi bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat,  kini sempena tahun baru 2012, Khairul Fahmi berazam untuk memastikan tahun 2012 dipenuhi dengan kejayaan.
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek atau Apex ingin mengukir seberapa banyak kejayaan yang boleh dengan skuad Kelantan dan skuad kebangsaan Malaysia.
“Saya mahu melupakan segala masalah yang melanda saya sepanjang tahun lalu dan berjanji ia tidak akan berulang lagi. Azam saya pada tahun ini ialah mahu mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.
“Saingan musim 2012 nyata cukup mencabar kerana Kelantan akan beraksi di pentas antarabangsa iaitu pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Jadi saya harus mempersiapkan fizikal dan mental bagi mengharungi cabaran tersebut,” katanya.
Khairul Fahmi Che Mat yang akan menyambut harijadi yang ke-23 pada 7 Januari 2012 nanti akan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya untuk meraih kejayaan untuk menghasilkan kejayaannya pada tahun 2012 ini.
Adakah Khairul Fahmi akan cemerlang pada tahun 2012? Sama-samalah kita doakan kejayaan beliau...

Wednesday 4 January 2012

Gambar Apek @ Khairul Fahmi Che Mat Berjambang

Siapa pernah tengok Khairul Fahmi Che Mat atau Apek/Apex berjambang? Ha... Tentu tak pernah kan?
Nah! Tengoklah sendiri gambar-gambar Khairul Fahmi di bawah ni. Amacam? Yang mana lagi hensem,  Khairul Fahmi Che Mat pakai jersi kuning atau jersi hitam?

Gambar-gambar Khairul Fahmi ini diambil ketika pelancaran jersi baru Kelantan FA Musim 2012.

Gambar dari kelantanfa.com
Gambar dari pestairamajiwa





















Monday 2 January 2012

Khairul Fahmi Che Mat Jejaka Terhangat 2011

Apek Khairul Fahmi Che Mat Jejaka Terhangat 2011
Keratan Berita Harian dari http://kelate.net/apek-hormati-diiktiraf-jejaka-terhangat-2011/
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek penjaga gol kebangsaan negara Malaysia telah diberikan pengiktirafan Jejaka Terhangat 2011 melalui ruangan XY -ikon lelaki akhbar Berita Harian. Syabas Khairul Fahmi!

Yang hebatnya beliau telah berjaya mengatasi 6 orang ikon lelaki yang mempunyai impak besar dalam bidang masing-masing. Dan lebih memeranjatkan lagi Khairul Fahmi telah mengatasi pelakon popular Aaron Aziz.

Tahniah kepada Khairul Fahmi semoga lebih cemerlang lagi dalam kerjayanya sebagai penjaga gol dan semoga berjaya ke peringkat antarabangsa.

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012
Ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang membaca. Semoga tahun 2012 membawa keberkatan dan murah rezeki kepada anda sekeluarga.
Saya doakan semoga tahun ini membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada semua. 
Sabar menempuh cabaran yang mendatang dan jangan sekali-kali mengaku kalah teruskan perjuangan hingga ke puncak jaya!