Thursday 5 January 2012

Apa Azam Tahun Baru 2012 Khairul Fahmi Che Mat?

Khairul Fahmi Che Mat berada dalam pesawat Air Asia dalam penerbangan pulang
ke Kuala Lumpur selepas cemerlang di Sukan SEA 2011, Jakarta. Gambar dari: The Star

Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh kontroversi bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat,  kini sempena tahun baru 2012, Khairul Fahmi berazam untuk memastikan tahun 2012 dipenuhi dengan kejayaan.
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek atau Apex ingin mengukir seberapa banyak kejayaan yang boleh dengan skuad Kelantan dan skuad kebangsaan Malaysia.
“Saya mahu melupakan segala masalah yang melanda saya sepanjang tahun lalu dan berjanji ia tidak akan berulang lagi. Azam saya pada tahun ini ialah mahu mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.
“Saingan musim 2012 nyata cukup mencabar kerana Kelantan akan beraksi di pentas antarabangsa iaitu pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Jadi saya harus mempersiapkan fizikal dan mental bagi mengharungi cabaran tersebut,” katanya.
Khairul Fahmi Che Mat yang akan menyambut harijadi yang ke-23 pada 7 Januari 2012 nanti akan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya untuk meraih kejayaan untuk menghasilkan kejayaannya pada tahun 2012 ini.
Adakah Khairul Fahmi akan cemerlang pada tahun 2012? Sama-samalah kita doakan kejayaan beliau...

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih