![]() |
Khairul Fahmi ketika menentang Singapura Lions XII bersama rakan sepasukan. Gambar dari: Kelate.net |
Kelantan berjaya mengatasi Singapura Lions XII dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada malam 10 Januari 2012.
Peter Butler, jurulatih Kelantan telah melakukan rombakan pada perlawanan tersebut dengan tidak menyenaraikan pemain impot, Antwi Agraye dan Mohd Nor Farhan Muhamad pula dijadikan pemain simpanan.
Skuad Singapura Lions XII yang dibimbing oleh V. Sundramoorthy memulakan jaringan gol pertama pada minit ke-31, pemain pertahanan, Baihakki Khaizan menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman dengan sokongan padu lebih dari 7,000 orang penyokong yang membanjiri stadium.
Rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha hasil bola sepakan lintang Daudsu Jamaluddin telah menyamakan kedudukan ketika menghampiri penghujung masa pertama dan jaringan penalti dari Muhammad Ghaddar pula menghasilkan gol ke-2 untuk Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih