Friday 30 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat di Muka Depan Majalah Glam Jan/Feb 2012


Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi membuat kejutan dengan menjadi cover page untuk majalah Glam keluaran Jan/Feb 2012. Kali ini Apek digandingkan dengan model Anastascia. Siapa Anastascia ni dalam bidang permodelan? Entahlah, saya kurang pasti pulak. 

Yang pasti Apek, penjaga gol sensasi Harimau Muda semakin glamour sekarang ni, selain bidang sukan beliau pun telah melangkah ke bidang model ni, betul ke? 

Di majalah Glam ni, Khairul Fahmi Che Mat kelihatan high fashion, kacak dan bergaya dan agak lain dari penampilan biasa dia. Rambut dia pun dah kena ubah tu dengan stail yang agak berlainan dari biasa. Tengok gambar di sebelah. 

Kepada para peminat, jangan lepaskan peluang untuk memiliki majalah Glam keluaran Januari/Februari 2012 di pasaran sekarang untuk mendapatkan koleksi gambar-gambar  Apek/Apex Khairul Fahmi Che Mat yang lain dari biasa, 


Wednesday 28 December 2011

Khairul Fahmi di muka depan Majalah URTV Keluaran 15 Disember 2011

Majalah URTV dan Khairul Fahmi Che Mat, apa kaitannya? Tentu kita tertanya-tanya, betul ke? Majalah hiburan dan penjaga gol harimau malaya dan harimau muda ni lain bidang masing-masing. Tapi jangan terperanjat jika mereka boleh disatukan.

Sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat atau Apek telah muncul sebagai gambar muka depan majalah URTV keluaran 15 Disember 2011. Gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol pujaan ramai itu kelihatan segak dan bergaya seperti seorang model.

Khairul Fahmi Che Mat sebagai gambar muka depan Majalah URTV. Handsome ke?
Gambar dari: beritaornews

Dalam interview dengan URTV Khairul Fahmi Che Mat ada menyatakan kekasih barunya adalah seorang model, sapa tu agaknya ya? Khairul Fahmi juga ada menyebut selebriti kegemaran beliau ialah Dato Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Wah! Ye ke ni?

Nampaknya Khairul Fahmi makin murah rezekinya akhir-akhir ini walaupun dilanda kontroversi yang tak disangka-sangka. Kerajaan negeri Kelantan telah menghadiahkan sebuah banglo kepadanya kerana kejayaannya di Piala AFF Suzuki 2010 dan menerima hadiah berjumlah RM30,000 di atas kejayaan Harimau Muda mengalahkan Indonesia di Sukan SEA 2011. Apek telah bermurah hati ingin menghadiahkan banglo yang diterimanya kepada bapanya nanti.

Saya ada jugak cari majalah URTV ni dalam dua tiga hari ni, tapi langsung tak kelihatan. Yang ada hanya majalah URTV keluaran 1 Januari 2012 pulak. Sedangkan ni masih bulan Disember, mana perginya majalah ni ek?

Dapatkan URTV keluaran ini jika anda ingin mengetahui berita yang lebih lanjut mengenai Khairul Fahmi Che Mat.

Saturday 24 December 2011

Peluang Bertemu Khairul Fahmi Che Mat Ahad ini


Gambar dari: Sinar Harian

Khairul Fahmi Che Mat aka Apek penjaga gol Malaysia bakal membuat penampilan istimewa pada Ahad ini, di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) bersama juara Liga Super, Kelantan.

Program ini dikelolakan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) sempena Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Klang.

Hampir 1, 500 bungkus bubur asyura akan diagihkan kepada penyokong semasa perlawanan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia berlangsung, kata Setiausaha Kelate.Net, Nik Affieza Nik Arif.

“Selain merapatkan lagi ukhwah sesama ahli, program ini juga turut memberi peluang kepada penyokong Kelantan bertemu dengan lebih dekat lagi pemain pujaan mereka seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaludin, Nurul Azwan Roya, S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Meskipun program ini dibuat khusus kepada anak-anak Kelantan yang menetap di sekitar kawasan Lembah Klang, penyokong pasukan Kelantan yang lain juga boleh turut serta memeriahkan program ini,” katanya yang akan berkumpul pada 24 Disember di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) untuk aktiviti merewang.

Program ini akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang akan membawa Kumpulan Warisan Darul Naim yang akan membuat persembahan dikir barat istimewa.

200 orang penyokong dan ahli kelab Kelate.Net dijangka akan bergotong-royong memasak 5 kawah bubur asyura pada hari tersebut sebelum mengagihkan kepada penonton di stadium.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) nanti.

Diedit dari: Sinar Harian

Friday 23 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat dan Ranking Dunia Malaysia


Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat (2Kiri) dan pasukannya meraikan kemenangan selepas memenangi pingat emas dengan menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti semasa Sukan Asia Tenggara 26 (SEAGAMES) di Jakarta pada November 21, 2011.Malaysia menewaskan Indonesia 5-4.

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, salah seorang pemain Malaysia yang kini telah naik 7 anak tangga dalam ranking dunia FIFA (FIFA World ranking)Malaysia kini menduduki tempat ke 148 sebagai ranking akhir tahun.

Pada bulan lepas (November) Malaysia menduduki tempat ke-155, telah berjaya memperbaiki kedudukan di ranking dunia dengan bermain beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan penyertaan Khairul Fahmi Che Mat dan rakan-rakan sepasukan.

Walau bagaimanapun, kedudukan di tangga 148 masih lagi agak rendah berbanding dengan tempat ke-138 yang berjaya diperolehi pada bulan Mac tahun ini dan agak jauh dari kedudukan terbaik yang pernah dicapai Malaysia pada tahun 1993 iaitu di tempat ke-75 dunia.

Kini Malaysia dikumpulkan bersama dengan negara-negara yang kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan seperti Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Guinea Khatulistiwa (150).

Di Asia Tenggara pula, Malaysia kini berada di tangga ke-5 di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Kedudukan Malaysia di Asia pula yang mempunyai 46 buah negara anggota, Malaysia naik 3 anak tangga untuk mendapat tempat ke-24 berbanding dengan tempat ke-27 pada bulan lepas (November 2011).

Sementara itu, pada tahun 2010 pemenang Piala Dunia, Sepanyol terus mengungguli tempat teratas manakala Belanda dan Jerman masing-masing mengekalkan tempat ke-2 dan ke-3 dalam senarai 203 buah negara anggota FIFA di seluruh dunia.

England tempat ke-5, telah berjaya mengatasi Brazil (6) bekas pasukan nombor satu dunia di belakang Uruguay (4) manakala Portugal (7), Croatia (8), Itali (9) dan Argentina (10) menjadikan 10 pasukan teratas dalam ranking dunia FIFA.

Sumber: mylaunch pad

Wednesday 21 December 2011

Harimau Muda Selamat Pulang dari Australia 20 Disember 2011

Apek Khairul Fahmi Che Mat.
Foto dari: hans hanis
Khairul Fahmi Che Mat bersama skuad Harimau Muda telah selamat pulang dari Australia. Mereka telah selamat tiba di KLIA semalam 20 Disember 2011 bersama semua pegawai dan jurulatih Ong Kim Swee.

Jurulatih skuad Olimpik Negara, Ong Kim Swee menganggap latihan dan perlawanan persahabatan yang diadakan di Australia dari 10 - 20 Disember 2011 telah memberikan peningkatan yang baik dan berharap prestasi skuad Harimau muda terus meningkat dari semasa ke semasa

Bahagian serangan skuad Harimau Muda telah menampakan peningkatan yang amat ketara di sepanjang 3 perlawanan yang di adakan di Australia. Peningkatan secara individu juga menampakkan hasil yang positif.

Jurulatih, Ong Kim Swee berharap latihan sebegini dapat dilakukan dengan berterusan untuk meningkatkan prestasi skuad Olimpik negara dengan mengadakan perlawanan yang lebih kompetitif pada setiap minggu bagi membentuk pasukan yang lebih mantap.


Tuesday 20 December 2011

Harimau Muda 4 - 1 Central South Mariner 19 Disember 2011


Khairul Fahmi Che Mat  masih lagi bersama  pasukan Harimau Muda pada 19 Disember 2011.  Kali ini Harimau Muda  berdepan dengan pasukan Central South Mariner untuk kali ke-2., kerana  New Castle Jets yang dijadualkan menentang Harimau Muda tidak dapat melakukannya kerana jadual mereka yang padat. Ini adalah perlawanan ke-3 dan terakhir bagi skuad Olimpik negara ketika berada di Australia dari 10 - 20 Disember 2011.



Skuad Harimau Muda berjaya menamatkan siri latihan dan perlawanan persahabatan Australia dengan cemerlang setelah berjaya menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC dengan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Muda berkeputusan 4-1 pada aksi persahabatan, semalam.

Setelah berjaya mendapat kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC dalam perlawanan pertama di Australia pada hari Selasa lepas. Kemudian Skuad telah ditewaskan 0-1 oleh Central South Mariner pada hari berikutnya iaitu Rabu.

Perlawanan persahabatan kali ke-3 ini diadakan di padang Trek Olahraga Mingara di Tumbi Umbi semalam, 19 Disember 2011. Thamil Arasu dan Ahmad Fakri Saarani masing-masing menjaringkan 1 gol pada minit ke-13 dan ke-71. Ahmad Hazwan Bakri pula berjaya menyumbang 2 gol pada minit ke-48 dan ke-60.

Kim Swee yakin skuad Harimau Muda kendaliannya telah berjaya mencapai matlamat sepanjang tempoh seminggu berlatih dan mencari pengalaman di Australia.

"Kita telah beraksi dalam perlawanan yang bagus, Central Coast Mariners menurunkan barisan yang hampir sama ketika menewaskan kita pada perlawanan sebelum.

"Kejayaan menang 4-1 merupakan persembahan terbaik di Australia dan ia menunjukkan pemain-pemain belajar daripada kesilapan lampau dan memperbaikinya.

"Prestasi pemain telah meningkat mendadak di mana mereka mempamerkan corak permainan positif, tidak gentar memegang bola dan sentiasa mengatur gerakan.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada menamatkan tahun ini dengan keputusan memberangsangkan," kata Ong Kim Swee.

Siapa penjaga gol kali ini? Adakah dia Khairul Fahmi Che Mat.

Monday 19 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat / Apek Tercalon Dalam Undian Bintang Sukan Harian Metro.

Gambar dari: nahartini.blogspot.com

Sementara Pasukan Harimau Muda dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berada di Australia, di Malaysia ada undian untuk Khairul Fahmi bagi merebut Bintang Sukan Harian Metro.


Selain dari Khairul Fahmi Che Mat, Kelantan FA juga tercalun untuk merebut undian Bintang Sukan Harian Metro tersebut.


Ada 6 soalan semuanya. Cuma perlu klik-klik saja, tak perlu buat apa-apa karangan atau slogan. Jom kita undi Khairul Fahmi Che Mat, jangan lupa tau.


Contoh soalan seperti berikut:
Atlet Lelaki *
 Baddrol Bakhtiar
 Khairul Fahmi Che Mat
 Datuk Lee Chong Wei
 Muhamad Nazmi Faiz Mansor
 Safee Sali


Untuk membuat undian bagi Khairul Fahmi Che Mat dan lain-lain kategori klik link di bawah, ada 4 hari saja lagi tempoh untuk mengundi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Khas/bintangsukan

Thursday 15 December 2011

Harimau Muda vs Central Coast Mariners FC 14 Disember 2011

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek belum lagi muncul untuk perlawanan kali ke-2 dengan kelab bola sepak Australia. Bila Khairul Fahmi akan turun padang ni?

Mungkin ya mungkin juga tidak, sama-samalah kita lihat nanti. Semalam 1 lagi perlawanan persahabatan di antara Harimau Muda dan kelab Central Coasts Mariners FC telah diadakan di New South Wales, Australia.

Perlawanan persahabatan di antara Harimau Muda dan Central Coasts Mariners FC berkesudahan dengan kemenangan kepada kelab Central Coasts Mariners FC. Harimau Muda tiada gol (0) dan Central Coasts Mariners FC menang 1 gol.

Central Coasts Mariners FC adalah sebuah pasukan yang menduduki tangga kedua dalam A-League (FFA). Pada 13 Disember 2011 skuad Harimau Muda mendapat kemenangan 3-0 ketika menentang pasukan Sydney FC.

Perlawanan persahabatan ke-3 dan terakhir akan diadakan pada 19 Disember 2011 menentang kelab Newcastle Jets. Adakah Khairul Fahmi Che Mat aka Apek akan diturunkan? Tunggu....






Tuesday 13 December 2011

Harimau Muda vs Sydney FC pada 13 Disember 2011


Khairul Fahmi Che Mat atau Apek tidak diturunkan untuk berdepan dengan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi tadi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya pemain-pemain yang jarang diturunkan sahaja diberi peluang beraksi, hanya Muslim dan Guru sahaja dari pemain yang biasa diturunkan. Keputusan perlawanan ialah 3-0 dengan kemenangan memihak kepada Harimau Muda.

Tanpa 1 hari rehat, besok  Harimau Muda akan menentang Central Coast Mariners FC. Perlawanan terakhir akan di adakan pada 19 Disember 2011 menentang pasukan dari  Newcastle Jets sebelum pulang ke Malaysia pada 22 Disember 2011 nanti.

Dengan 2 perlawanan yang kompetitif dalam masa 2 hari menentang kelab Liga Australia (Liga-A), Sydney FC pada 13/12/2011 dan Central Coast Mariners FC pada 14/12/11 pada keesokan harinya tanpa rehat sehari menyebabkan jurulatih skuad Harimau Muda negara, Ong Kim Swee menurunkan pasukan yang berlainan dalam perlawanan persahabatan dengan Central Coast Mariners FC di Sydney, Australia itu nanti.
.
Menurut pengendali dari Australia, perlawanan dengan kelab di tangga kedua Liga-A, Central Coast Mariners FC itu terpaksa dipercepatkan sehari daripada tarikh asal 15/12/11 kerana masalah jadual liga di negara tersebut.

“Tarikh perlawanan kedua menentang Central Coast Mariners sepatutnya diadakan pada 15 Disember namun terpaksa diubah pada 14 Disember atas permintaan kelab itu kerana jadual liga mereka yang padat.
“Kami terpaksa menerima permintaan itu dan apa yang saya perlu lakukan adalah melakukan persediaan terbaik dan memikirkan barisan pemain memandangkan kami tidak mempunyai rehat sehari.

“Pada perlawanan pertama dengan Sydney FC saya bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama manakala bagi aksi kedua pula saya akan menurunkan pemain yang kurang diberi peluang sebelum ini,” kata Kim Swee.

Skuad Olimpik 2012 negara kita pergi ke Sydney, Australia untuk mendapatkan latihan dan perlawanan persahabatan bagi persediaan untuk menghadapi pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London bagi perlawanan dengan Bahrain, Jepun dan Syria awal tahun depan.

Walaupun Malaysia mempunyai peluang tipis selepas mendapat kekalahan 3 kali berturut-turut, jurulatih Ong Kim Swee mahu menggunakan baki tiga perlawanan kelayakan yang ada untuk mendapatkan keputusan yang baik disamping memberikan pendedahan kepada pemain yang masih baru.

Dalam 23 pemain skuad Harimau Muda yang dibawa oleh coach Ong Kim Swee ke Sydney, Australia, 3 orang adalah pemain baru. Mereka ialah Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan selain pemain yang biasa diturunkan seperti Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dan lain-lainnya.

Diedit dari: kosmo.com.my

Sunday 11 December 2011

Barisan Pemain Skuad B23 Yang Tersenarai ke Australia

Setelah mengambil kira faktor kecederaan, pendedahan kepada pasukan luar negara dan sebagainya coach Ong Kim Swee telah memilih 23 orang pemain B23 termasuk Khairul Fahmi Che Mat aka Apek, untuk berlatih dan perlawanan  persahabatan dengan 3 buah kelab liga bola sepak di Australia dari 10 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011 nanti. 



Khairul Fahmi Che Mat sedang berlatih.
Gambar dari: kosmo.com.my
Barisan Pemain Skuad B23 Yang Tersenarai ke Australia


1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Mohd Izham Tarmizi Roslan
3. Nazirul Naim Che Hashim
4. Mohd Zubir Mohd Azmi
5. Affizee Faizal Mamat
6. S.Sivanesan
7. Nazmi Faiz Mansor
8. Fadhli Shas
9. Shahrul Mohd Saad
10. Mohamad Muslim Ahmad
11. Mahali Jasuli
12. Mohamed Amer Saidin
13. Wan Zack Haikal Wan Nor
14. Mohamed Fandi Othman
15. Syahrul Azwari Ibrahim
16. Irfan Fazail
17. Izuan Sollahuddin
18. K.Gurusamy
19. D.Saarvindran
20. Mohd Shahril Saari
21. A.Thamil Arasu
22. Fakri Saarani
23. Ahmad Hazwan Bakri




Friday 9 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat dan Harimau Muda ke Australia


Apek Khairul Fahmi dan pasukan Harimau Muda. Selamat Datang ke Australia. Gambar dari; http://maps.google.com.my

Malam ini 9 Disember 2011, dijangka pada pukul 10.40 malam Khairul Fahmi Che Mat @ Apek bersama pasukan Harimau Muda akan bertolak ke Sydney, Australia untuk mengikuti latihan dan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan 3 buah kelab bola sepak di sana.


Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan adik tersayang Mohd Amirul Izzat, 17 tahun, pada 5 Dis 2011 yang lalu, Khairul Fahmi Che Mat/Apek tetap meneruskan pemergiannya ke Sydney, Australia demi sukan dan tanah air.


Pemain termuda dalam skuad Olimpik 2012 Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun, juga dibenarkan turut sama ke Sydney walaupun masih menjalani ujian kesihatan dengan Institut sukan Negara (ISN) untuk mengesan masalah kekejangan yang selalu dihadapinya setelah dihantar ke sana oleh Coach Ong Kim Swee. 


Mari kita ikuti kata-kata Khairul Fahmi ketika sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Australia bagi mengikuti latihan intensif dan perlawanan bola sepak dengan 3 kelab bola di Australia kelak.


"Syukur Alhamdulillah. Ketika ini, saya sudah kembali seperti sedia kala walaupun masih terasa lagi kehilangan adik. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga.


"Saya tidak mampu membalas segala doa dari anda semua. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah dengan terus tabahkan hati dan berjuang untuk menaikan nama negara. Insya-Allah, saya akan pegang segala nasihat yang anda telah berikan.


"Hari ini, saya akan berangkat ke Sydney, Australia. Mengikut jadual, saya akan berada di sana selama dua minggu. Saya ke sana untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan bersama kelab-kelab di sana.


"Doakanlah kami sepasukan berjaya dan boleh membawa pulang nama baik untuk negara. Saya berharap, sepanjang tempoh saya tiada di Malaysia, tiada unsur cerita negatif yang melibatkan saya lagi. Terutama sekali kisah peribadi.


"Berikanlah ruang untuk saya fokus dengan lebih mendalam. Saya bukannya marah tetapi saya tahu setiap apa yang berlaku ini menunjukan anda semua prihatin terhadap diri saya. Saya terima segalanya dan saya tahu ianya akan mematangkan saya untuk bergerak lebih jauh lagi dengan lebih berhati-hati lagi.


"Saya hanya mampu merancang tetapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku. Sekali lagi, saya memohon maaf seandainya sebelum ini saya banyak menyinggung hati sesiapa saja sama ada disedari atau pun tidak. Kalau boleh, saya mahu kita semua gembira dengan kejayaan saya bersama rakan sepasukan.


"Doakanlah kami berjaya dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Saya sanggup berkorban demi negara dan saya tahu anda juga sanggup berkorban jika berada di tempat saya. Teruslah menyokong saya kerana saya hanyalah manusia biasa," katanya.


All the best wishes kami semua buat Khairul Fahmi Che Mat bersama pasukan Harimau Muda, selamat menghadapi training yang dijadualkan dan selamat bertempur dengan kelab dari Australia tu. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.


Diedit dari: http://www.murai.com.my

Thursday 8 December 2011

Wah! Banglo Apek Khairul Fahmi Dah Siap Dah

Banglo yang cantik untuk Penjaga Gol Negara. Apek camner? Ok ke banglo ni?
Gambar dari: Harian Metro
Wow! Hebat! Tahniah Apek Khairul Fahmi. Banglo baru untuk  Apek.
Gambar dari: Harian Metro


Khairul Fahmi Che Mat telah mendapat hadiah banglo ini dari kerajaan Kelantan kerana jasanya kepada kerajaan Malaysia setelah memenangi piala AFF Suzuki 2010 pada November 2010. Kini setelah 1 tahun berlalu banglo tersebut telah siap dibina dan hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada Khairul Fahmi @ Apek.


Encik Abdul Latiff Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri memberitahu, seperti yang dirancang banglo ini akan terlebih dahulu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kemudiannya akan dianugerahkan kepada Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.


Hanya masa yang sesuai saja diperlukan untuk membuat penyerahan ini. Masa untuk pertemuan di antara Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz yang selalu sibuk dengan urusan kerajaan dan masa yang betul untuk pelepasan dari latihan dan perlawanan bola sepak bagi Khairul Fahmi Che Mat.


Satu majlis ringkas akan diadakan semasa penyerahan banglo yang cantik ini kepada Apek Khairul Fahmi Che Mat kelak 

Wednesday 7 December 2011

Stadium Angkasa TV1 6 November 2011

Saya tak tahu samada nak letak gambar ni kat blog atau tidak sebab ia hanyalah gambar yang diambil dari TV1 Rancangan Stadium Angkasa. Tapi saya ingin menjadikan gambar ini semua sebagai kenang-kenangan untuk peristiwa yang berlaku pada 6 November 2011 untuk Apek Khairul Fahmi. Che Mat sebab rancangan ini dibuat secara langsung di hadapan penonton di dalam studio.

Pada petang 5 Nov 11, Khairul Fahmi Che Mat berada di rumah keluarganya di Kota Bharu untuk menziarahi adik kandungnya Mohd Izzat yang telah meninggal dunia pada waktu tengahari dan pada malam ini 6 Nov 11 dia dah pun kembali ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan pasukannya bagi menjalani latihan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemungkinan besar hari ini 7 November 2011. Dia cuma bercuti selama 1 hari sahaja. Begitulah pengorbanan Khairul Fahmi Che Mat aka Apek untuk sukan dan negaranya.

Khairul Fahmi tersenyum bila juruacara rancangan menyebut tentang perkara yang berlaku padanya sebelum bertanya soalan.




Khairul Fahmi kemudiannya menjawab persoalan yang dikemukakan sebagai kapten pasukan.



Di antara pemain yang hadhir bersama pengacara rancangan Stadium Angkasa.


Rancangan Stadium Angkasa yang berlangsung secara live dari pukul 10.00 malam - 11.00 malam hampir berakhir, semua pemain berdiri dan di tanya soalan-soalan terakhir.


Rancangan sudah tamat dan semua beransur turun dari pentas. Ada dari kalangan penonton yang naik ke pentas untuk bersalam dengan pemain dan ada juga yang bergambar dengan pemain kegemaran mereka.

Monday 5 December 2011

Adik Apex Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Jenazah Mohd Amirul Izzat diusung ke tanah perkuburan oleh abangnya sendiri khairul fahmi (apex) dibantu oleh orang-orang kampung. Gambar dari kelate.net
Adik lelaki Khairul Fahmi Che Mat aka Apex telah pulang ke rahmatullah pada hari ini. Berita kematian yang mengejutkan seluruh negara terutamanya peminat sukan bola sepak tanah air.

Takziah kepada Khairul Fahmi dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Setelah menghadapi kontroversi yang bercelaru sehingga putus tunang dan sehingga hampir memutuskan untuk bersara lantaran kecelaruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.
Mohd Amirul Izzat Che Mat, 17 tahun, adik lelaki kesayangan Khairul Fahmi Che Mat telah menghembuskan nafas terakhir di hospital pada kira-kira pukul 11.30 pagi kerana menghadapi masalah jangkitan kuman di paru-parunya akibat demam denggi.


Mohd Amirul tidak sempat menduduki peperiksaan SPM kerana berada dalam keadaan koma dan telah ditahan di wad hospital selama 3 minggu untuk menerima rawatan bagi penyakit yang dialaminya.


Beliau telah selamat dikebumikan petang tadi dengan Khairul Fahmi sendiri yang baru tiba dari Kuala Lumpur mengusung jenazah adiknya ke tanah perkuburan dengan dibantu oleh orang-orang kampung yang ada.


Khairul Fahmi Che Mat yang baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara terus bergegas pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan setelah menerima berita yang mengejutkan ini.
Semalam Khairul Fahmi Che Mat berada di Pulau Pinang kerana menghadhiri sebelum tiba di Majlis sukan Negara, Bukit Jalil pagi tadi. Sebagai anak keempat dari lima orang adik-beradik ini seharusnya menghabiskan cuti 5 hari yang diberikan bersama keluarganya, sekaligus menziarahi adiknya yang sedang tenat di hospital.


Khairul Fahmi Che Mat mungkin akan mengambil cuti kecemasan dari latihan bersama skuad Olimpik di Bukit Jalil selama beberapa hari kerana kematian adiknya.
Khairul Fahmi Che Mat sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah adiknya. Gambar dari  kelate.net
Namun begitu penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 ini perlu bersama dengan skuad Olimpik negara untuk ke Sydney, Australia selama 2 minggu untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dengan kelab bolasepak di Australia yang telah diaturkan bagi menyiapkan diri untuk menghadapi 3 lagi perlawanan terdekat untuk ke Olimpik 2012.

Saturday 3 December 2011

Khairul Fahmi Menerima Nasihat dan Tidak Jadi Bersara. Syabas!

Khairul Fahmi Che Mat, Syabas! Kerana tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan!

“Apabila saya dipilih sebagai pemain bola sepak negara, ia adalah mimpi saya yang menjadi kenyaatan. Saya rasa, situasi ini bukan hanya tersurat pada diri saya saja, tetapi saya yakin ia merupakan impian kepada sesiapa saja yang bergiat dalam bidang sukan. Tidak kiralah sukan menembak, olahraga, badminton dan macam-macam lagi.
“Ternyata, selepas saya diberi landasan baik ini, saya perlu sedar bahawa ia bukannya satu perkara mudah untuk saya memandu ke arah jalan yang diredhai. Dengan menyandang gelaran itu, saya tidak boleh berangan-angan lagi.

“Ini kerana sebagai insan yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu, saya perlu memahat dalam hati dengan kata hikmat pengorbanan.

“Aspek utama untuk berjaya adalah pengorbanan. Terus-terang, saya sudah menjadikan ayat ini sebagai rutin dan kriteria yang paling utama dalam kehidupan seharian saya sebagai pemain bola sepak.

“Bagi saya, setiap pengorbanan perlu diselarikan dengan usaha dalam mengejar gelaran juara. Bukan saja juara di mata dunia tetapi juara di hati insan yang disayangi iaitu ayah dan bonda. Dari pengorbanan yang saya zahirkan ini, saya perlu berhijrah ke arah lebih positif dengan meninggalkan segala larangan serta mengganggap pengalaman yang dilusuri selama ini sebagai satu pendidikan yang paling mujarab.

“Di sebalik kejayaan yang dikecapi saya bersama skuad bola sepak negara di Sukan Sea, adalah satu kemenangan bersama. Kemenangan ini bukanlah milik kami sekumpulan saja tetapi ia adalah milik mutlak seluruh warganegara Malaysia.

“Kemenangan yang dianugerahkan kepada kami tidak akan diperolehi tanpa sokongan padu dan doa restu dari seluruh pelusuk tanahair. Sungguhpun kami terpaksa renangi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang berada di negara bukan tempat kelahiran kami, tapi hakikatnya kami ibarat tentera yang berjuang demi menaikan martabat kemajuan sukan Malaysia sebaris dengan nama negara lain yang sudah harum di mata dunia.

“Perjuangan kami belum berakhir dan kami perlu meneruskan perjuangan ini selagi kami diberi mandat untuk memikul tugasan ini. Apapun, setiap apa yang diharungi, sama ada positif atau pun negatif, saya menganggapnya sebagai satu didikan untuk lebih bijak bertindak selain mematangkan saya.

“Hanya lafaz maaf mampu saya lahirkan kiranya apa yang berlaku selama ini adalah kesilapan saya sebagai insan yang lemah. Saya tidak boleh lalai dan saya tahu ia adalah rasa ambil berat masyarakat terhadap diri saya yang telah melabelkan saya sebagai Hero Malaya.

“Bukan mudah untuk diri saya yang kerdil ini menyandang gelaran besar itu. Saya tahu, ia bukan satu kesukaran buat diri saya seorang saja, tapi juga berat bagi rakan sepasukan saya yang lain. Kalau boleh, saya mengharapkan dorongan dan sokongan yang diberikan kepada kami semua tidak akan pernah putus.

“Sokongan ini harus dikekalkan sampai bila-bila walaupun pada masa akan datang individu yang bermain dalam pasukan negara ajab silih berganti.

“Andaikata kami rebah, sahutlah kami dengan minda yang terbuka. Jatuh bangun kami bukan pada diri kami saja. Hebat macam mana individu itu, dia tidak akan menerima kejayaan sekiranya faktor sekeliling tidak menerimanya.

“Insya-Allah, demi membalas jasa baik dari sokongan 1Malaysia, saya akan terus mencipta kemenangan. Adalah lebih baik tercipta kemenangan dengan ada rekod baru dan tercipta sejarah. Saya juga sedang mencari ruang dan masa untuk meluangkan masa bersama mereka yang sudah lama menyokong saya dan rakan sepasukan saya yang lain.

“Jika tiada arah melintang, saya akan mengadakan satu majlis kesyukuran bersama anak yatim dalam masa terdekat. Bila dan di mana, saya akan beritahu kelak. Sekali lagi, terima kasih kerana merealisasikan impian kami mengharumkan nama negara dengan tidak putus memberi sokongan. Saya memerlukan anda semua untuk terus berjaya.”

Kita semua tidak lepas dari membuat kesilapan, cuma kita perlu perbaiki diri dan tidak membuat perkara sama di masa depan. Maafkanlah dia, dan hentikan gossip-gossip yang sedang berlegar. Doakanlah semoga Khairul Fahmi semakin baik di masa hadapan. Dan doakan agar dia lebih hebat dan berjaya menjaga gawang gol pasukan negara, Malaysia.

Syabas di atas keberanian dan semangat Khairul Fahmi Che Mat! Semoga cemerlang!

Friday 2 December 2011

Khairul Fahmi Ingin Bersara Awal dan Pendapat Coach Ong Kim Swee

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) telah menyatakan kemungkinan untuk bersara awal akibat kontroversi yang melanda dirinya. Diharap Apek dapat bersabar dan jangan fikir sangat pasal tu, yang penting tumpukan pada karier, biasalah kalau dah terkenal tu ada-ada saja kontroversi yang menimpa. (Gambar dari footballpakistan.com)

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 beberapa hari lepas.

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.

Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.


“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.

“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia. “Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit kontroversi.

“Peminat jangan mudah terpengaruh sebaliknya teruslah beri sokongan bukan saja kepada Apek tapi juga kepada pemain lain. Saya kenal Apek sebagai pemain yang berdisiplin. Dia tidak pernah datang lewat ketika sesi latihan dan sebagai kapten, dia dihormati rakan sepasukan,” katanya.

Seperkara yang turut merisaukannya ketika ini adalah bintang baru, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang mula mendapat tumpuan peminat dan media.

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) perlu jangan ambil berat sangat dengan gembar-gembur yang dilakukan. Teruskan perjuangan dengan cemerlang.

Diedit dari: www.hmetro.com.my

Thursday 1 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Penjaga Gol Terbaik 2011


Tahniah Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kerana telah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik 2011 untuk kali ke-2 berturut-turut mengenepikan dua lagi calon, Sharbinee Alawee dan Farizal Marlias. (Gambar dari www.kelate.net)

Beliau juga telah dicalonkan untuk memenangi anugerah dalam kategori pemain paling bernilai (Super Mokh) yang telah dirangkul oleh Norshahrul Idlan Talaha juga dari Kelantan.

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 telah diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam lewat pagi, menjelang tengah hari 30 Nov 2011.

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011 ;

Penjaga Gol Terbaik
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)

Pertahanan Terbaik
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain Tengah Terbaik
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Penyerang Terbaik
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

Jurulatih Terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

Pemain Muda Terbaik
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

FA Terbaik

· Selangor FA

Kelab Terbaik

· PKNS Selangor FC

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) teruskan perjuangan ke mercu jaya...


Kampung dan Sekolah

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) di Stadium Bukit Jalil selepas perlawanan Malaysia - Bahrain 27 Nov 11. (Gambar dari http://www.nst.com.my/sports/soccer/reason-to-rejoice-1.12241) 

Khairul Fahmi Che Mat telah dilahirkan pada 7 Januari 1989 sebagai anak ke 4 dari 5 orang adik-beradik.di Kampung Dusun Raja, Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Di kalangan keluarga dia lebih mesra di panggil Pak Su.

Ibunya Bidah Ibrahim, 52 dan bapanya Che Mat Hussain, 59. Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek mula bermain bola sepak sejak berumur 8 tahun lagi. Tapi yang menariknya dia hanya minat bermain sebagai penjaga gol sahaja.

Khairul Fahmi Che Mat bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, Kota Bharu dan mula mewakili sekolahnya pada usia 12 tahun. Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Johor Bharu.

Lepas tu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur dan menduduki peperiksaan SPM di sini.

Kini dalam usia 22 tahun, tinggi 1.70 m (5 kaki 7 in), Khairul Fahmi Che Mat adalah seorang penjaga gol dan ketua pasukan Harimau Muda.