Friday 23 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat dan Ranking Dunia Malaysia


Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat (2Kiri) dan pasukannya meraikan kemenangan selepas memenangi pingat emas dengan menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti semasa Sukan Asia Tenggara 26 (SEAGAMES) di Jakarta pada November 21, 2011.Malaysia menewaskan Indonesia 5-4.

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, salah seorang pemain Malaysia yang kini telah naik 7 anak tangga dalam ranking dunia FIFA (FIFA World ranking)Malaysia kini menduduki tempat ke 148 sebagai ranking akhir tahun.

Pada bulan lepas (November) Malaysia menduduki tempat ke-155, telah berjaya memperbaiki kedudukan di ranking dunia dengan bermain beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan penyertaan Khairul Fahmi Che Mat dan rakan-rakan sepasukan.

Walau bagaimanapun, kedudukan di tangga 148 masih lagi agak rendah berbanding dengan tempat ke-138 yang berjaya diperolehi pada bulan Mac tahun ini dan agak jauh dari kedudukan terbaik yang pernah dicapai Malaysia pada tahun 1993 iaitu di tempat ke-75 dunia.

Kini Malaysia dikumpulkan bersama dengan negara-negara yang kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan seperti Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Guinea Khatulistiwa (150).

Di Asia Tenggara pula, Malaysia kini berada di tangga ke-5 di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Kedudukan Malaysia di Asia pula yang mempunyai 46 buah negara anggota, Malaysia naik 3 anak tangga untuk mendapat tempat ke-24 berbanding dengan tempat ke-27 pada bulan lepas (November 2011).

Sementara itu, pada tahun 2010 pemenang Piala Dunia, Sepanyol terus mengungguli tempat teratas manakala Belanda dan Jerman masing-masing mengekalkan tempat ke-2 dan ke-3 dalam senarai 203 buah negara anggota FIFA di seluruh dunia.

England tempat ke-5, telah berjaya mengatasi Brazil (6) bekas pasukan nombor satu dunia di belakang Uruguay (4) manakala Portugal (7), Croatia (8), Itali (9) dan Argentina (10) menjadikan 10 pasukan teratas dalam ranking dunia FIFA.

Sumber: mylaunch pad

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih