Tuesday 20 December 2011

Harimau Muda 4 - 1 Central South Mariner 19 Disember 2011


Khairul Fahmi Che Mat  masih lagi bersama  pasukan Harimau Muda pada 19 Disember 2011.  Kali ini Harimau Muda  berdepan dengan pasukan Central South Mariner untuk kali ke-2., kerana  New Castle Jets yang dijadualkan menentang Harimau Muda tidak dapat melakukannya kerana jadual mereka yang padat. Ini adalah perlawanan ke-3 dan terakhir bagi skuad Olimpik negara ketika berada di Australia dari 10 - 20 Disember 2011.



Skuad Harimau Muda berjaya menamatkan siri latihan dan perlawanan persahabatan Australia dengan cemerlang setelah berjaya menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC dengan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Muda berkeputusan 4-1 pada aksi persahabatan, semalam.

Setelah berjaya mendapat kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC dalam perlawanan pertama di Australia pada hari Selasa lepas. Kemudian Skuad telah ditewaskan 0-1 oleh Central South Mariner pada hari berikutnya iaitu Rabu.

Perlawanan persahabatan kali ke-3 ini diadakan di padang Trek Olahraga Mingara di Tumbi Umbi semalam, 19 Disember 2011. Thamil Arasu dan Ahmad Fakri Saarani masing-masing menjaringkan 1 gol pada minit ke-13 dan ke-71. Ahmad Hazwan Bakri pula berjaya menyumbang 2 gol pada minit ke-48 dan ke-60.

Kim Swee yakin skuad Harimau Muda kendaliannya telah berjaya mencapai matlamat sepanjang tempoh seminggu berlatih dan mencari pengalaman di Australia.

"Kita telah beraksi dalam perlawanan yang bagus, Central Coast Mariners menurunkan barisan yang hampir sama ketika menewaskan kita pada perlawanan sebelum.

"Kejayaan menang 4-1 merupakan persembahan terbaik di Australia dan ia menunjukkan pemain-pemain belajar daripada kesilapan lampau dan memperbaikinya.

"Prestasi pemain telah meningkat mendadak di mana mereka mempamerkan corak permainan positif, tidak gentar memegang bola dan sentiasa mengatur gerakan.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada menamatkan tahun ini dengan keputusan memberangsangkan," kata Ong Kim Swee.

Siapa penjaga gol kali ini? Adakah dia Khairul Fahmi Che Mat.

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih