Tuesday 13 December 2011

Harimau Muda vs Sydney FC pada 13 Disember 2011


Khairul Fahmi Che Mat atau Apek tidak diturunkan untuk berdepan dengan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi tadi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya pemain-pemain yang jarang diturunkan sahaja diberi peluang beraksi, hanya Muslim dan Guru sahaja dari pemain yang biasa diturunkan. Keputusan perlawanan ialah 3-0 dengan kemenangan memihak kepada Harimau Muda.

Tanpa 1 hari rehat, besok  Harimau Muda akan menentang Central Coast Mariners FC. Perlawanan terakhir akan di adakan pada 19 Disember 2011 menentang pasukan dari  Newcastle Jets sebelum pulang ke Malaysia pada 22 Disember 2011 nanti.

Dengan 2 perlawanan yang kompetitif dalam masa 2 hari menentang kelab Liga Australia (Liga-A), Sydney FC pada 13/12/2011 dan Central Coast Mariners FC pada 14/12/11 pada keesokan harinya tanpa rehat sehari menyebabkan jurulatih skuad Harimau Muda negara, Ong Kim Swee menurunkan pasukan yang berlainan dalam perlawanan persahabatan dengan Central Coast Mariners FC di Sydney, Australia itu nanti.
.
Menurut pengendali dari Australia, perlawanan dengan kelab di tangga kedua Liga-A, Central Coast Mariners FC itu terpaksa dipercepatkan sehari daripada tarikh asal 15/12/11 kerana masalah jadual liga di negara tersebut.

“Tarikh perlawanan kedua menentang Central Coast Mariners sepatutnya diadakan pada 15 Disember namun terpaksa diubah pada 14 Disember atas permintaan kelab itu kerana jadual liga mereka yang padat.
“Kami terpaksa menerima permintaan itu dan apa yang saya perlu lakukan adalah melakukan persediaan terbaik dan memikirkan barisan pemain memandangkan kami tidak mempunyai rehat sehari.

“Pada perlawanan pertama dengan Sydney FC saya bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama manakala bagi aksi kedua pula saya akan menurunkan pemain yang kurang diberi peluang sebelum ini,” kata Kim Swee.

Skuad Olimpik 2012 negara kita pergi ke Sydney, Australia untuk mendapatkan latihan dan perlawanan persahabatan bagi persediaan untuk menghadapi pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London bagi perlawanan dengan Bahrain, Jepun dan Syria awal tahun depan.

Walaupun Malaysia mempunyai peluang tipis selepas mendapat kekalahan 3 kali berturut-turut, jurulatih Ong Kim Swee mahu menggunakan baki tiga perlawanan kelayakan yang ada untuk mendapatkan keputusan yang baik disamping memberikan pendedahan kepada pemain yang masih baru.

Dalam 23 pemain skuad Harimau Muda yang dibawa oleh coach Ong Kim Swee ke Sydney, Australia, 3 orang adalah pemain baru. Mereka ialah Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan selain pemain yang biasa diturunkan seperti Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dan lain-lainnya.

Diedit dari: kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih