Friday 2 December 2011

Khairul Fahmi Ingin Bersara Awal dan Pendapat Coach Ong Kim Swee

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) telah menyatakan kemungkinan untuk bersara awal akibat kontroversi yang melanda dirinya. Diharap Apek dapat bersabar dan jangan fikir sangat pasal tu, yang penting tumpukan pada karier, biasalah kalau dah terkenal tu ada-ada saja kontroversi yang menimpa. (Gambar dari footballpakistan.com)

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 beberapa hari lepas.

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.

Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.


“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.

“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia. “Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit kontroversi.

“Peminat jangan mudah terpengaruh sebaliknya teruslah beri sokongan bukan saja kepada Apek tapi juga kepada pemain lain. Saya kenal Apek sebagai pemain yang berdisiplin. Dia tidak pernah datang lewat ketika sesi latihan dan sebagai kapten, dia dihormati rakan sepasukan,” katanya.

Seperkara yang turut merisaukannya ketika ini adalah bintang baru, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang mula mendapat tumpuan peminat dan media.

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) perlu jangan ambil berat sangat dengan gembar-gembur yang dilakukan. Teruskan perjuangan dengan cemerlang.

Diedit dari: www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih