Saturday 24 December 2011

Peluang Bertemu Khairul Fahmi Che Mat Ahad ini


Gambar dari: Sinar Harian

Khairul Fahmi Che Mat aka Apek penjaga gol Malaysia bakal membuat penampilan istimewa pada Ahad ini, di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) bersama juara Liga Super, Kelantan.

Program ini dikelolakan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) sempena Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Klang.

Hampir 1, 500 bungkus bubur asyura akan diagihkan kepada penyokong semasa perlawanan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia berlangsung, kata Setiausaha Kelate.Net, Nik Affieza Nik Arif.

“Selain merapatkan lagi ukhwah sesama ahli, program ini juga turut memberi peluang kepada penyokong Kelantan bertemu dengan lebih dekat lagi pemain pujaan mereka seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaludin, Nurul Azwan Roya, S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Meskipun program ini dibuat khusus kepada anak-anak Kelantan yang menetap di sekitar kawasan Lembah Klang, penyokong pasukan Kelantan yang lain juga boleh turut serta memeriahkan program ini,” katanya yang akan berkumpul pada 24 Disember di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) untuk aktiviti merewang.

Program ini akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang akan membawa Kumpulan Warisan Darul Naim yang akan membuat persembahan dikir barat istimewa.

200 orang penyokong dan ahli kelab Kelate.Net dijangka akan bergotong-royong memasak 5 kawah bubur asyura pada hari tersebut sebelum mengagihkan kepada penonton di stadium.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) nanti.

Diedit dari: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih