Monday 5 December 2011

Adik Apex Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Jenazah Mohd Amirul Izzat diusung ke tanah perkuburan oleh abangnya sendiri khairul fahmi (apex) dibantu oleh orang-orang kampung. Gambar dari kelate.net
Adik lelaki Khairul Fahmi Che Mat aka Apex telah pulang ke rahmatullah pada hari ini. Berita kematian yang mengejutkan seluruh negara terutamanya peminat sukan bola sepak tanah air.

Takziah kepada Khairul Fahmi dan keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Setelah menghadapi kontroversi yang bercelaru sehingga putus tunang dan sehingga hampir memutuskan untuk bersara lantaran kecelaruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.
Mohd Amirul Izzat Che Mat, 17 tahun, adik lelaki kesayangan Khairul Fahmi Che Mat telah menghembuskan nafas terakhir di hospital pada kira-kira pukul 11.30 pagi kerana menghadapi masalah jangkitan kuman di paru-parunya akibat demam denggi.


Mohd Amirul tidak sempat menduduki peperiksaan SPM kerana berada dalam keadaan koma dan telah ditahan di wad hospital selama 3 minggu untuk menerima rawatan bagi penyakit yang dialaminya.


Beliau telah selamat dikebumikan petang tadi dengan Khairul Fahmi sendiri yang baru tiba dari Kuala Lumpur mengusung jenazah adiknya ke tanah perkuburan dengan dibantu oleh orang-orang kampung yang ada.


Khairul Fahmi Che Mat yang baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Olimpik negara terus bergegas pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan setelah menerima berita yang mengejutkan ini.
Semalam Khairul Fahmi Che Mat berada di Pulau Pinang kerana menghadhiri sebelum tiba di Majlis sukan Negara, Bukit Jalil pagi tadi. Sebagai anak keempat dari lima orang adik-beradik ini seharusnya menghabiskan cuti 5 hari yang diberikan bersama keluarganya, sekaligus menziarahi adiknya yang sedang tenat di hospital.


Khairul Fahmi Che Mat mungkin akan mengambil cuti kecemasan dari latihan bersama skuad Olimpik di Bukit Jalil selama beberapa hari kerana kematian adiknya.
Khairul Fahmi Che Mat sebaik tiba dari Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah adiknya. Gambar dari  kelate.net
Namun begitu penerima anugerah penjaga gol terbaik Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011 ini perlu bersama dengan skuad Olimpik negara untuk ke Sydney, Australia selama 2 minggu untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dengan kelab bolasepak di Australia yang telah diaturkan bagi menyiapkan diri untuk menghadapi 3 lagi perlawanan terdekat untuk ke Olimpik 2012.

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih