Friday 9 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat dan Harimau Muda ke Australia


Apek Khairul Fahmi dan pasukan Harimau Muda. Selamat Datang ke Australia. Gambar dari; http://maps.google.com.my

Malam ini 9 Disember 2011, dijangka pada pukul 10.40 malam Khairul Fahmi Che Mat @ Apek bersama pasukan Harimau Muda akan bertolak ke Sydney, Australia untuk mengikuti latihan dan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan 3 buah kelab bola sepak di sana.


Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan adik tersayang Mohd Amirul Izzat, 17 tahun, pada 5 Dis 2011 yang lalu, Khairul Fahmi Che Mat/Apek tetap meneruskan pemergiannya ke Sydney, Australia demi sukan dan tanah air.


Pemain termuda dalam skuad Olimpik 2012 Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun, juga dibenarkan turut sama ke Sydney walaupun masih menjalani ujian kesihatan dengan Institut sukan Negara (ISN) untuk mengesan masalah kekejangan yang selalu dihadapinya setelah dihantar ke sana oleh Coach Ong Kim Swee. 


Mari kita ikuti kata-kata Khairul Fahmi ketika sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Australia bagi mengikuti latihan intensif dan perlawanan bola sepak dengan 3 kelab bola di Australia kelak.


"Syukur Alhamdulillah. Ketika ini, saya sudah kembali seperti sedia kala walaupun masih terasa lagi kehilangan adik. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga.


"Saya tidak mampu membalas segala doa dari anda semua. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah dengan terus tabahkan hati dan berjuang untuk menaikan nama negara. Insya-Allah, saya akan pegang segala nasihat yang anda telah berikan.


"Hari ini, saya akan berangkat ke Sydney, Australia. Mengikut jadual, saya akan berada di sana selama dua minggu. Saya ke sana untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan bersama kelab-kelab di sana.


"Doakanlah kami sepasukan berjaya dan boleh membawa pulang nama baik untuk negara. Saya berharap, sepanjang tempoh saya tiada di Malaysia, tiada unsur cerita negatif yang melibatkan saya lagi. Terutama sekali kisah peribadi.


"Berikanlah ruang untuk saya fokus dengan lebih mendalam. Saya bukannya marah tetapi saya tahu setiap apa yang berlaku ini menunjukan anda semua prihatin terhadap diri saya. Saya terima segalanya dan saya tahu ianya akan mematangkan saya untuk bergerak lebih jauh lagi dengan lebih berhati-hati lagi.


"Saya hanya mampu merancang tetapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku. Sekali lagi, saya memohon maaf seandainya sebelum ini saya banyak menyinggung hati sesiapa saja sama ada disedari atau pun tidak. Kalau boleh, saya mahu kita semua gembira dengan kejayaan saya bersama rakan sepasukan.


"Doakanlah kami berjaya dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Saya sanggup berkorban demi negara dan saya tahu anda juga sanggup berkorban jika berada di tempat saya. Teruslah menyokong saya kerana saya hanyalah manusia biasa," katanya.


All the best wishes kami semua buat Khairul Fahmi Che Mat bersama pasukan Harimau Muda, selamat menghadapi training yang dijadualkan dan selamat bertempur dengan kelab dari Australia tu. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.


Diedit dari: http://www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang komen atau idea sila tuliskan di sini. Komen anda amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai. Terima kasih